Undang-undang Islam merupakan salah satu ajaran Islam yang berasaskan
kepada akidah, akhlak dan undang-undang syariat Islamiyyah yang tidak
boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Undang-undang keluarga
Islam menjadi satu ajaran penting yang dilaksanakan dalam masyarakat
Islam di seluruh dunia termasuk di wilayah selatan negara Thailand.
KEMUNCULAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI THAILAND
Sejarah kemunculan undang-undang keluarga Islam di Selatan Thailand
berlaku secara berperingkat sehingga menjadi sebuah undang-undang
keluarga Islam yang sempurna dan diguna pakai dalam masyarakat di
Selatan Thai. Kemunculan ini telah berlaku pada zaman pemerintahan
Sukhothai hingga pemerintahan Kerung Ratana Kosin. Keadaan ini teijadi
dalam tempoh yang agak lama sehingga dapat dinyatakan dalam sejarah
Thailand bahawa zaman pertama yang muncul undang-undang keluarga ialah
seperti berikut:
ZAMAN PEMERINTAHAN SUKHOTHAI
Pemerintahan keraj aan Thailand yang pertama bermula pada zaman
Sukhothai, iaitu bermula pada tahun 1219-1237. Pada zaman ini, raja yang
memerintah adalah seramai sembilan orang raja iaitu, Raja Pho Kun Ram
Kham Heng, Pho Kun Intratit, Pho Kun Ban meang, Praya Lerthai, Praya
Ngunam Tum, Pra Maha Racha 1, Pra Maha Racha 2, Pra Maha Racha 3 dan Pra
Maha Racha 4 (Matyalngknarodetal. 1986). Pemerintahan pada zaman ini
adalah pemerintahan yang mengguna sistem bapa menjaga anak (Thanom
Ananwathet al. 1979), iaitu pemerintah mendengar keperluan rakyat.
Pemerintahan pada zaman ini juga menguasai beberapa tempat yang lúas
sehinggaboleh menguasi daerah Lanna. Walaupun dapat menguasai kawasan
yang luas, perhubungan dengan negara lain tetap diadakan supaya dapat
menambahkan hasil negara melalui perdagangan dua hala.
Kemudian, kerajaan pada masa itu telah mengadakan hubungan pemiagaan
dengan beberapa negara Islam. Hubungan pemiagaan ini berlanjutan hingga
pada masa pemerintahan zaman Ayuthaya. Pada masa itu, para peniaga
daripada Parsi Iran, dan beberapa buah negara Arab lain telah datang ke
negeri Patani, kerana ia adalah sebuah bandar pantai dan pusat pemiagaan
yang tersohor. Ekoran daripada itu, negari Patani menjadi sebuah negeri
dengan percampuran pelbagai budaya kerana dibawa masuk oleh para
pedagang asing tersebut. Bermula dari situlah Islam datang dan tersebar
di wilayah Patani sehingga sampai ke Tanah Melayu pada waktu itu.
Kedatangan Islam kali pertama adalah melalui ibu kota negara Thailand,
semenjak permulaan pemerintahan yang pertama zaman Sukhothai, dan pada
abad ini ramai penduduk tempatan telah memeluk agama Islam.
MRW Kukrit Pramote seorang ahli akademik terkenal sekaligus manían
Perdana Menteri Thailand menjelaskan bahawa orang Islam telah wujud
dalam negara Thailand semenjak awal sejarah kerajaan Thai, kerana agama
Islam sudahtibake Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia lebih
awal daripada orang-orang yang berpindah daripada Selatan Yunan (Kukrit
t.t.). Kemasukan Islam kali kedua ialah melalui Patani yang merupakan
sebuah negara Melayu yang dikenali sebagai wilayah Patani pada masa itu.
Sejarah kemasukan Islam ini telah dijelaskan oleh Bangnara. Beliau
menyatakan bahawa Islam sampai ke Patani pada abad yang ke-10. Beberapa
bukti menyatakan bahawa Islam mula tersebar dalam kalangan rakyat
biasaterlebih dahulu, kemudian sampai kepada pegawai pemerintah. Menurut
rekod, Raja Patani memeluk agama Islam pada pertengahan abad 15 iaitu
sekitar tahun 932 (Bangnara 1997).
Terdapat bukti yang menjelaskan pada zaman Sukhothai, undang-undang
keluarga telah diwujudkan semasa pemerintahan Pho Khun Ram Kham Henag.
Bukti ini diperolehi ketika penemuan Batu Shila Charekh I. Selain itu,
telah banyak pakar arkeologi yang berusaha untuk membaca dan mengkaji
berkaitan dengan undang-undang keluarga yang ditulis dalam penemuan batu
itu. Namun, dalam hal undang-undang keluarga yang telah diwujudkan,
tidaklah sempuma untuk dilaksanakan dalam masyarakat Thai pada waktu
itu. Hanya dalam undang-undang tersebut dijelaskan beberapa hal yang
berhubung kait dengan sistem sesebuah keluarga, antaranya perhubungan di
antara keluarga, kekuasaan bapa lebih kuat daripada ibu dan saudara
mara. Namun, dalam batu bertulis tersebut tidak terdapat penjelasan
mengenai hal ehwal perkahwinan secara terperinci (Kasem Shiriphan 1996).
Dalam sejarah Thailand, tidak ada bukti yang menyatakan bahawa ada
kawasan lain di negara tersebut selain daripada wilayah Selatan Thai
yang menggunakan undang-undang keluarga Islam. Namun, terdapat sumber
sejarah yang membuktikan bahawa ramai orang Islam dari negara asing pada
zaman Sukhothai apabila mereka menghadapi masalah kekeluargaan mereka
akan bertemu raja untuk menyelesaikannya. Kemudian, raja membuat
keputusan dengan berpandukan undang-undang keluarga Islam sebagai
panduan (Narong Puangpit 1980). Makadapatlah dikatakan dalam sudut
amaliah bahawa undang-undang keluarga Islam sudah digunapakai pada zaman
ini.
ZAMAN PEMERINTAHAN AYUTHAYA
Zaman Ayuthaya merupakan satu zaman pemerintahan selepas zaman
Sukhothai. Tempoh antara dua zaman ini ialah seratus tahun. Raja-raja
yang memerintah pada zaman ini adalah seramai 33 orang yang memerintah
antara tahun 1350-1767, iaitu selama 417 tahun. Kemudian, Ayuthaya
menjadi tempat yang terkenal bagi orang asing dari sudut pemiagaan,
kerana kawasan ini dikelilingi sungai. Sistem pemerintahan yang diguna
pakai pada zaman ini tidak sama dengan zaman pemerintahan Sukhothai,
kerana terdapat beberapa perkara yang berbeza dengan zaman Sukhothai
seperti kawasan pemerintahan yang lebih luas, jumlah rakyat yang lebih
ramai dan telah berlaku percampuran budaya yang agak kompleks antara
orang asing dengan masyarakat tempatan. Maka pada zaman ini raja
menggunakan pemerintahan bentuk Buranayasitirath (Matya Ingknarod et al.
1986) (kekuasaan atas raja). Dalam pemerintahan ini semua kekuasaan
dimiliki oleh raja. Beliau berhak memiliki kekayaan bumi dan rakyat
tidak boleh mengatasi atau membantah keputusan yang dibuat oleh raja.
Pemerintahan ini dinamakan sebagai Summutiteph (Tuhan bagi rakyat), maka
tidak sama dengan pemerintahan yang berlaku pada zaman Sukhothai yang
memerintah menggunakan sistem bapa menjaga anak.
Pada zaman Ayuthaya ini, catatan undang-undang keluarga telah hilang
kerana ia telah dibakar oleh pihak kerajaan Burma ketika ia menguasai
Ayuthaya.
Pada tahun 1904 sudah ada pertumbuhan undang-undang keluarga yang
dinamakan "Kodmaay Phuamia '(undang-undang antara suami dan isteri) yang
merangkumi 141 seksyen (Thanom et al. 1979). Undang-undang ini
dilaksanakan apabila berlaku kes perceraian antara Khun Krai Narai dan
isterinya (Perachau 1897) yang mana telah diputuskan mengikut hukum
undang-undang tersebut. Undang-undang keluarga antara suami dan isteri
ini masih dipengaruhi oleh kandungan daripada kitab suci dari India yang
merebak ke negara Kemboja, Myanmar, Uaos dan Thailand.
Kemudian, pada tahun 1905, di zaman pemerintahan Raja Pra Ekatusarud,
beliau telah mengemaskinikan isi undang-undang keluarga dengan melarang
pihak lelaki atau perempuan berkahwin dengan orang asing untuk menjaga
rahsia kerajaan. Hal ini disebabkan keranaadanyaketakutan rahsia
kerajaan boleh diketahui oleh negara musuh. Tindakan yang diambil ke
atas orang yang berkahwin dengan orang asing adalah penjara seumur hidup
atau diseksa sampai mati (Pholprasith 1992).
Pada zaman pemerintahan Ayuthaya tidak ada bukti yang menyatakan bahawa
undang-undang keluarga Islam dilaksanakan, kerana pada pemerintahan
zaman ini tersebut telah terjadi permusuhan dengan kerajaan Burma dan
juga negara-negara lain. Maka kerajaan tidak ada peluang untuk mengambil
perhatian tentang undang-undang keluarga dan begitu juga undang-undang
lain. Walaupun pada zaman ini telah dibuat perhubungan dengan orang
asing yang datang untuk pemiagaan, tetapi dalam sejarah pertumbuhan
undang-undang keluarga tidak terdapat rekod kerajaan pernah membuat
keputusan berhubung kes undang-undang keluarga Islam.
ZAMAN PEMERINTAHAN KERUNG THON BURHI
Selepas kejatuhan Ayuthaya kepada Burma pada tahun 1767, maka kerajaan
tidak ada kuasa untuk mendirikan negara, sehingga pada tahun 1768
seorang yang bernama Seen dapat mengumpul rakyat bagi membangkitkan
semangat untuk melawan kerajaan Burma dan mengambil kembali kota
Ayuthaya. Kemudian, pada tahun ini mereka dapat mengembalikan Kota
Ayuthaya dan menguat kuasa pemerintahan sekali lagi, tetapi mereka tidak
mendirikan kota Ayuthya sebagai bandar pemerintahan, kerana kota
Ayuthaya sudah hancur dibakar oleh kerajaan Burma.
Justeru, Pra Chautaksin setelah beliau dilantik sebagai Jawatankuasa
Raja daripada rakyat beliau mengisytiharkan Krung Tonburhi menjadi
bandar pemerintahan sehingga tahun 1782 (Sanan Meangwong 1975).
Pemerintahan pada zaman ini mengguna pakai sistem pemeritahan yang sama
dengan zaman Ayuthaya, cuma dibuat sedikit perubahan dengan menukar
bandar Mahana Khon menjadi empat bahagian iaitu bandar Ekk, Tho, Three,
dan Chatawa (Sanan 1975).
Undang-undang keluarga yang diguna pakai pada zaman ini sama sepertimana
pada zaman Ayuthaya iaitu dengan menggunakan undang-undang ''Kodmaay
Phiici-mia" (undang-undang antara suami dan isteri). Perkara yang
menjadi faktor penyebab undang-undang keluarga tidak dikemaskinikan
ialah pada zaman ini kerajaan masih sibuk dengan beberapa siri
peperangan di samping tempoh pemerintahan adalah sangat singkat.
Begitu juga, tidak ada bukti yang menyatakan bahawa undang-undang
keluarga Islam telah digunakan untuk memutuskan kes kekeluargaan. Maka
pada zaman ini, undang-undang keluarga Islam tidak memainkan peranan
penting kepada masyarakat Islam pada waktu itu.
ZAMAN PEMERINTAHAN KRUNG RATANA KOSIN
Dalam catatan sejarah Thailand, zaman Krung Ratana Kosin bermula pada
tahun 1782. Pertumbuhannya bermula daripada kerajaan Krung Thonburhi dia
digantikan dengan seorang raja baharu yang bernama Pra Phutta Yodfa
ChulalokMaharach supaya menjadi pemimpin. Beliau memindahkan ibu kota
pemerintahan daripada Krung Thonburhi kepada Krung Ratana Khosin.
Pemerintahan Krung Ratana Khosin bermula pada tahun 1783 yang terdiri
daripada beberapa orang raja seperti berikut (Matya Ingknarod et al.
1986):
1. Pra Bath SomdethPra Phutta Yodfa Chulalok tahun 1783-1809.
2. Pra Bath Somdeth Pra Phutta Lethla Npalai tahun 1809-1824.
3. Pra Bath Somdeth Pra Nangklau Chauyuhua tahun tahun 1824-1851.
4. Pra Bath Somdeth Pra Chomkalu Chauyuhua tahun 1851-1868.
5. Pra Bath Somdeth Pra Chulachom Klauchauyuhua tahun 1868-1910.
6. Pra Bath Somdeth Pra Mungkud Klauchauyuhua tahun 1910-1925.
7. Pra Bath Somdeth Pra Pokklau Klauchauyuhua tahun 1925-1934.
8. Pra Bath Somdeth Pra Chauyuhua Ananmahidul tahun 1934-1946.
9. Pra Bath Somdeth Pra Chauyuhua Pumipol Adulyadeth tahun 1946 sehingga sekarang.
Pemerintahan raja pada zaman ini menggunakan ñama R.1 sehingga R.9.
Pemerintahan yang diguna pakai pada zaman ini terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu secara Racha Thipathai (Absolute Monarchy) dan
Rathamanon (Democracy). Bahagian pertama bermula pada pemerintahan R. 1
-7 dan bahagian kedua daripada R.7-8 (Sanan 1975).
Pada zaman ini, Raja Pra Phutta Yodfa Chulalok (R.I) menggubal
undang-undang keluarga yang baharu dengan mengekalkan undang-undang
keluarga yang lama. Undang-undang ini telah disusun dan disempumakan
kandungannya oleh sebelas orang pakar undang-undang semasa ini yang
dilantik secara langsung oleh raja terdiri daripada tigagolongan, iaitu
pihak yang bertugas untuk mengumpulkan bahan rang undang-undang, pihak
kehakiman dan para saijana atau pakar undang-undang. Golongan yang
terakhir ini bertugas meneliti kekurangan yang mungkin wujud dalam rang
undang-undang keluarga tersebut serta memperbetulkannya.
Seterusnya, Raja Pra Phutta Yodfa Chulalok menggubal undang-undang
keluarga baharu yang disebut dengan "Khod Mhay Tra Sam Duang" pada tahun
1804 (Paradi 1989) yang menyatakan tentang kebebasan memilih pasangan
hidup. Hal ini dapat dilihat dalam Akta Undang-Undang Keluarga Thai
tahun 1804 M tentang tradisi yang dibatalkan apabila terdapat
keterpaksaan dalam suatu perkahwinan (Wimulsiri 1966).
Pada tahun 1908, Raja Chullachom Kelau Chauyuhua telah menubuhkan suatu
lembaga khas yang disebut dengan "Lembaga Pengarah Perancis'' yang
ditugaskan untuk memeriksa dan membuat perbandingan antara undang-undang
keluarga Thailand dengan undang-undang keluarga negara lain, seperti
undang-undang keluarga daripada Inggeris, Perancis, Jerman, Switzeland,
Itali, Belanda, Amerika, dan Jepun. Matlamatnya adalah untuk
menjadikannya sebagai bahan rujukan bagi mewujudkan undang-undang sivil
dan komersial pada masa itu. Setelah melalui proses yang panjang, maka
undang-undang sivil dan komersial dapat diselesaikan serta dilaksanakan
dalam negara Thailand pada tarikh 1 Disember 1935 (Prasopsuk 1998).
Undang-undang keluarga dalam undang-undang sivil ini mengandungi hal
yang barhubung kait dengan kaedah melamar, perkahwinan, nafkah dan
penjagaan anak.
Pada permulaan sejarah undang-undang RS. 120, undang-undang keluarga
dapat dilaksanakan oleh orang Islam dengan ditubuhkan mahkamah Krom Tha.
Mahkamah Krom Tha Sai untuk membicarakan kes-kes orang Ciña. Sedangkan
mahkamah Krom Tha Khwa untuk membicarakan kes-kes orang bangsa Khek
(sebutan untuk orang Islam pada masa itu). Mahkamah Krom Tha Sai
mengguna pakai undang-undang adat tempatan oleh kerana orang Ciña tidak
mempunyai undang-undang serta adat budaya yang tetap mengenai hal ehwal
keluarga dan pusaka. Oleh itu, mahkamah Krom Tha Sai menerima pakai
undang-undang Thai untuk membicarakan kes-kes orang Ciña. Bagi pihak
bangsa Khek pula yang beragama Islam, mereka mempuyai undang-undang dan
adat yang j elas tentang keluarga dan harta pusaka. Oleh itu, mahkamah
Krom Tha Khwa merujuk kepada undang-undang Islam untuk orang Islam.
Bagi empat wilayah yang terdiri daripada wilayah Patani, Naratiwat, Yala
dan Satul yang majoritinya beragama Islam, maka al-Quran dan al-Sunnah
menjadi panduan utama dalam kehidupan mereka. Berbeza dengan maj oriti
masyarakat negara Thailand yang menganut agama Buddha. Sehinggalah pada
masa pemerintahan Raj a Pra Chullachom Kelau Chau Yuhua, beliau ingin
melindungi fahaman agama lain supaya masyarakat dapat mengeijakan ibadat
masing- masing mengikut agama masing-masing dengan bebas. Maka, beliau
menggubal sebuah undang-undang yang disebut sebagai "Peraturan Untuk
Pentadbiran" bagi dilaksanakan dalam kawasan tujuh kepala negeri RS. 120
pada tarikh 10 Disember 1901 (Bhudhachak 1986).
Dalam undang-undang pentadbiran ini dijelaskan bahawa segala hal yang
berhubung kait dengan hal ehwal orang Islam hendaklah mengikut
peruntukan undang-undang Islam yang dilaksanakan kepada orang yang
beragama Islam, termasuklah undang-undang jenay ah, keluarga dan harta
pusaka.Tidak kira seorang Islam itu sebagai plaintif ataupun defendan.
Kesemuanya mesti dilaksanakan dan diputuskan mengikut undang-undang
Islam di bawah hakim yang beragama Islam.
Kawasan tujuh kepala negeri yang melaksanakan undang-undang Islam
terdiri daripada Patani, Nongchik, Yarang, Saibhuri, Yala, Raman, dan
Rangek. Wilayah Satul pada masa itu tidak termasuk dalam kawasan tujuh
kepala negeri. Oleh itu, wilayah Satul tidak dapat melaksanakan
undang-undang Islam. Kemudian pada masa pemerintahan Raja Pra Mungkud
Klauchauyuhua, beliau bertitah untuk menyatukan wilayah antara Satul dan
Phuket, kerana wilayah Satul telah diketahui sebagai kawasan yang ramai
penduduknya beragama Islam. Selain itu wilayah Satul juga tidak boleh
menerima mahkamah yang ditumbuhkan oleh Kerajaan Siam yang beragama
Buddha yang tentunya apabila mahkamah itu wujud, maka akan dilaksanakan
undang-undang Buddha kepada orang-orang Islam dalam menyelesaikan
masalah, sedangkan ia suatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat
beragama Islam.
Pada peringkat awal, keadaan ini telah menimbulkan konflik antara
pemerintahan wilayah Satul dengan Kerajaan Pusat Siam. Dalam keadaan
yang cernas itu, seorang ketua wilayah yang bemama Praya SmanTeras
Buhrin bertindak membuat surat permohonan kepada kerajaan supaya
menubuhkan sebuah mahkamah di wilayah Satul yang berlandaskan agama
Islam serta menggunakan undang-undang Islam. Permohonan itu pada akhimya
dikabulkan pada tahun 1909, maka bermulalah pelaksanaan undang-undang
Islam di wilayah Satul (Piphat 1971).
Pada tarikh 1 Oktober 1935, kerajan Thai memaklumkan bahawa mereka akan
menggunakan undang-undang Sivil dan Komersial yang berlandaskan pada
buku 5 tentang undang-undang keluarga dan buku 6 tentang harta pusaka.
Namun, pelaksanaan undang-undang ini tidaklah menjejaskan kepada
"peraturan tujuh kepala negeri"' yang masih dilaksanakan di wilayah
Patani, Nongchik, Yarang, Saibhuri, Yala, Raman, Rangek, serta wilayah
Naratiwat dan Satul. Hal ini kerana dalam peraturan undang-undang buku 5
dan buku 6 telah dinyatakan bahawa undang-undang ini tidak akan
menyentuh undang-undang yang termaktub dalam "peraturan tujuh kepala
negeri"' yang berkaitan dengan undang-undang keluarga dan pusaka Islam.
Undang-Undang Keluarga dan Harta Pusaka Islam yang telah dilaksanakan di
wilayah tujuh kepala negeri boleh dikatakan sebagai pengganti terhadap
undang-undang sivil dan komersial yang diguna pakai dalam negara
Thailand pada umumnya. Dalam undang-undang keluarga Islam tersebut, pada
peringkat pertama mengandungi prinsip-prinsip ajaran Islam, akidah dan
ibadah yang selari dengan syariat Allah SWT. Semua undang-undang
tersebut bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah yang dituliskan
dalam tulisan Jawi dan bahasa Arab (Piphat 1971). Seorang Kadi (yang
disebut sebagai Datok Yutitam) yang berkebolehan dalam bahasa Jawi dan
Arab, maka dia tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila hendak
mengambil rujukan daripada kitab-kitab tnrath mahupun tafsir al-Quran
apabila menemui sebarang kemusykilan terhadap kes-kes yang ditangani
dalam undang-undang tersebut. Namun, bagi Datok Yutitam yang hanya mampu
berbahasa Siam, maka akan menemui berbagai kesukaran dalam membaca
undang-undang yang berbahasa Arab dan Jawi tersebut.
Pada tahun 1930, Mahkamah Patani memberikan tugas kepada Tengku Cik
Denudom dan Tuk Kadi supaya menggubal undang-undang lama yang berkaitan
dengan keluarga dan pusaka. Penggubalan tersebut selesai pada tahun 1932
M. Kemudian, diadakan pula proses pentashihan yang dilakukan oleh
beberapa orang kadi dan hakim. Pentashihan ini selesai pada tahun 1941.
Di samping itu, Kementerian Keadilan mengarahkan agar undang-undang
Islam itu dijadikan panduan asas untuk para kadi dalam menjalankan
perbicaraan di mahkamah. Undang-undang Islam ini juga diterjemahkan ke
dalam bahasa Siam dan dirangka untuk menjadi sebuah undang-undang yang
sempuma pada tahun 1941. Undang-undang ini dinamakan dengan Lak Kodmcti
Islam Waduaiu Krobknia Law Morodok (Kaedah Undang-Undang Islam: Keluarga
dan Pusaka). Undang-undang itu bersumberkan daripada kitab-kitab fiqh
yang kemudian dijadikan sebagai bahan untuk menyusun akta undang-undang
keluarga Islam.Selain itu, istilah-istilah khas yang terdapat dalam fiqh
ditetapkan penggunaannya seperti mana sediakala agar tidak mengelirukan
dalam aplikasinya.Namun, istilah-istilah itu juga diberikan makna yang
mencukupi agar mudah difahami dalam melaksanakan hukumnya.
Penggubalan dan pentashihan undang-undang tersebut memakan masa dua
belas tahun, usaha ini dilakukan oleh dua kumpulan ahli hukum. Kumpulam
pertama ialah kadi yang arif tentang hukum Islam tetapi tidak mahir
berbahasa Thai, terutama sekali penggunaan istilah undang-undang.
Manakala kumpulan kedua terdiri daripada hakim yang tidak mempunyai
latar belakang langsung tentang undang-undang Islam. Undang-undang
keluarga dan pusaka ini digubal mengikut peraturan penyusunan akta
undang-undang yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian
mukadimah, bab satu dan bab dua. Bab satu adalah bab keluarga yang
mengandungi lima bahagian, manakala bab dua adalah bab pusaka yang
mengandungi enam bahagian.
Dalam sejarah Patani dinyatakan bahawa undang-undang keluarga Islam
pemah dibatalkan penggunaannya kepada empat wilayah di Selatan Thai. Ia
terjadi semasa pemerintahan Chomphul Phibul Songgram (semasa
pemerintahan R.5) ketika menjadi Ketua Menteri Thailand. Pada tahun
sebelum terjadi perang dunia kedua telah terjadi kegelisahan penduduk
Melayu di Selatan Thai, dengan wilayah Patani menjadi sebagai pusat
gerakan ulama dan pemuka masyarakat Melayu yang hendak mengemukakan
bantahan kepada kerajaan Siam. Selepas perang dunia kedua selesai, maka
kekuasaan Chomphul Phibul Songgram menjadi bertambah kuat. Hal ini
teijadi setelah peristiwa perampasan kuasayang teijadi padatarikh 24 Jun
1932 sehingga menyebabkan bertambahnya kekecewaan orang Melayu di
Selatan Thai terhadap Kerajaan Siam. Rampasan ini telah menukar corak
pemerintahan Bangkok daripada pemerintahan beraja secara mutlak kepada
pemerintahan beraja secara berperlembagaan (Ahmad Fathy 2002).
Pada permulaannya, pemimpin-pemimpin barn Siam tidak melakukan apa-apa
perkara yang menggusarkan hati orang-orang Melayu, tetapi apabila
Chomphul Phibul Songgram memegang kuasa pada tahun 1940, bermulalah
orang-orang Melayu mendapat tekanan yang kuat. Di bawah pemerintahan
Chomphul Phibul Songgram bermulalah dasar kebudayaan "meng-siam-kan"
semua rakyat bagi mencapai matlamat kebangsaan bahawa "rakyat Thai"
mempunyai bahasa yang sama, agama yang sama dan kebudayaan yang sama. Di
bawah dasar ini undang-undang dibuat bagi memaksa rakyat Thai memakai
pakaian mengikut budaya Barat dan Eropah seperti berseluar, bertopi,
bergaun serta berbaju pendek.
Selain itu, sebahagian daripada kempen memajukan budaya Siam, agama
Buddha juga dijadikan sebagai agama rasmi negara dan agama Islam
dihalang daripada diamalkan secara berleluasa. Langkah ini digunakan
untuk memastikan bahawa rakyat Thai hanya beragama Buddha sahaja. Lebih
hebat lagi apabila orang-orang Melayu Islam di daerah Saiburi (Taluban)
telah dipaksa untuk menyembah berhala Buddha serta anak-anak mereka
diperintahkan untuk memasuki sekolah-sekolah kebangsaan Siam, iaitu pada
tiap-tiap harinya murid-murid mesti menghormati dan menyembah patung
Buddha (Ibrahim Syukri 2002).
Seterusnya tindakan keras telah diambil bagi mengharamkan penggunaan
bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.Pegawai-pegawai kerajaan yang
boleh berbahasa Melayu dilarang keras bercakap dengan menggunakan bahasa
Melayu dan mesti menggunakan bahasa Thai (bahasa Siam) dalam semua
urusan yang dilakukan di pejabat pemerintah. Lebih teruk lagi, pihak
pemerintah memaksa orang-orang Melayu yang bekeija di pejabat
pemerintahan atau memegang jawatan kerajaan untuk menukar nama mereka
kepada ñama Siam, di samping mengharamkan semua jawatan tinggi kepada
orang Melayu.
Pada tahun 1943, sebagai bahagian dari kempen kebudayaan Rathanitum
Thai, maka Chomphul Phibul Songgram telah memansuhkan penggunaan
undang-undang terdahulu yakni undang-undang buku 5 dan 6, dan
memaklumkan untuk menggunakan undang-undang yang baharu berdasarkan
undang-undang Siam Buddha. Dengan perubahan undang-undang ini
menyebabkan timbul masalah ke atas orang Melayu di empat wilayah di
Selatan Thai iaitu, Patani, Yala, Naratiwat dan Satul. Ini adalah
keranaundang-undang tersebut bercanggah dengan hukum Islam.
Pada tahun 1944, Chomphul Phibul Songgram menghapuskan jawatan kadi dan
Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah di wilayah Patani, Yala, Narathiwat
dan Satul. Selain itu iajugamembatalkan perundangan Islam mengenai
perkahwinan, cerai dan pembahagian harta pusaka. Segala perbicaraan yang
berkenaan dengan urusan Islam ini telah dipaksa untuk mengikut
undang-undang sivil kerajaan dan diputuskan oleh mahkamah Siam (Nik
Anuar 2007). Akibat permansuhan itu, seluruh rakyat Patani dan
wilayah-wilayah yang majoriti masyarakatnya beragama Islam bersatu untuk
membuat bantahan terhadapnya.Tindak balas secara keras dari kerajaan
Siam terhadap isu tersebut semakin menambahkan kebencian orang Melayu
terhadap kerajaan Siam. Tuan Haji Sulong sebagai Yang Dipertua dalam
persatuan, kemudian membangkitkan rakyat Patani untuk mengemukakan
bantahan terhadap pemansuhan itu dan juga beberapa perkara lain yang
telah mencetuskan kegelisahan dalam kalangan orang Melayu di Patani.
Rakyat Patani menganggap beliau sebagai juru bicara bagi menyampaikan
hasrat mereka kepada kerajaan walaupun tidak ada perlantikan rasmi
mengenainya pemah dibuat.Untuk mengukuhkan penggubalan undang-undang
barn ini, Haji Sulong mendirikan satu majlis yang bemama Haiat Munfizat
Ahkctm Syariat al-Fatani bertempat di Madrasah al-Muarrif al-Wataniah.
Majlis tersebut kemudian mengadakan pertemuan untuk melantik tiga orang
tokoh Islam tempatan sebagai Kadi agama Islam. Perinciannya sepertimana
berikut (Nik Anuar 2007):
1. Haji Sulong bin Abdul Kadirbagi wilayah Patani (beliau sebagai
pengerusi Majlis Agama Islam bagi tiga wilayah Patani, Yala, dan
Naratiwat).
2. Haji Wan Mohamad bin Idris Bermin, bagi wilayah Yala.
3. Haji Abdul Majid Embong bin Haji Abdullah Ishak, bagi wilayah Narathiwat.
Selepas mendirikan Majlis Agama Islam, Haji Sulong kemudian mengadakan
perjumpaan dengan ahli-ahli Majlis Agama Islam lain berserta para ulama
dan orang-orang kenamaan seluruh Patani untuk merumuskan perkara yang
menjadi hasrat bersama dan membuat cadangan dari masyarakat Islam Patani
kepada Suruhanjaya pada 3 April 1947. Berdasarkan rumusan dari
perbincangan itu, Haji Sulong membuat keputusan untuk mengemukakan tujuh
tuntutan kepada kerajaan Siam sepertimana berikut (Muhammad 1996):
1. Perlantikan seorang individu Islam sebagai wakil kerajaan Siam yang
berkuasa penuh untuk mentadbir keempat-empat wilayah iaitu Patani, Yala,
Narathiwat dan Satul dan mempunyai kuasa memecat, menggantung atau
menggantikan pegawai-pegawai kerajaan. Individu ini hendaklah dilahirkan
di salah satu daripada ke empat-empat buah wilayah tersebut dan
perlantikannya hendaklah dengan persetujuan para penduduk di
wilayah-wilayah tersebut.
2. Lapan puluh peratus daripada pegawai kerajaan yang akan berkhidmat di wilayah-wilayah tersebut mestilah beragama Islam.
3. Bahasa Melayu dan Bahasa Siam hendaklah dijadikan sebagai bahasa rasmi.
4. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah.
5. Undang-Undang Islam hendaklah diiktiraf dan dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah.
6. Ke semua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada keempat-empat
wilayah itu hendaklah digunakan di wilayah yang berkenaan.
7. Pembentukan sebuah badan yang mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan
semua hal-ehwal orang Islam yang berada di bawah tanggungjawab Ketua
Negeri.
Daripada tuntutan itu jelas bahawa Haji Sulong tidak hendak
mempeijuangkan sebuah negara yang merdeka tetapi sebuah kerajaan
autonomi yang mempunyai identiti kebudayaan dan politik yang tersendiri
dalam lingkungan wilayah Melayu. Dalam tuntutan yang berkaitan dengan
masalah perundangan Islam dan Mahkamah Syariah, Haji Sulong menuntut
supaya kerajaan menyerahkan tanggungjawab itu kepada para ulama untuk
menguruskannya. Haji Sulong menganggap campur tangan kerajaan Siam dalam
hal ehwal perundangan Islam adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Justru beliau menuntut supaya Mahkamah Syariah diasingkan daripada
kawalan kerajaan.
Selepas Haji Sulong menyerahkan tuntutan itu, Chaem Promyong atau
Mustapha Samsuddin, selaku Chularajamontri (institusi yang menjadi
perantara antara masyarakat Islam dengan kerajaan untuk mengeruskan
semua hal yang berkaitan dengan urusan agama Islam di dalam Negara
Thailand) beijanji akan mengemukakan tuntutan tersebut kepada pihak
pemerintah kerajaan Siam yang pada masa itu telah dipimpin oleh Perdana
Menteri Thamrong Nawasawat. Malangnya, beliau tidak menerima tuntutan
Haji Sulong itu. Dalam jawapannya pada 9 Ogos 1947 melalui surat
Kementerian Kehakiman, Kerajaan Siam memaklumkan bahawa kerajaan tidak
dapat meluluskan tuntutan untuk memisahkan Mahkamah Syariah dari
Mahkamah Sivil dan juga tuntutan autonomi dengan alasan ia bertentangan
dengan perlembagaan negeri (Muhammad 1996). Perlu juga disebutkan di
sini bahawa semasa Haji Sulong mengemukakan tuntutannya, pemerintahan
sedang menghadapi krisis politik dalaman. Dalam keadaan demikian amat
sukar bagi Thamrong untuk menerima tuntutan Haji Sulong, kerana jika
tuntutan itu diterima ia akan memburukkan lagi suasana politik di
Bangkok.
Thamrong Nawasawat sebagai Perdana Menteri Siam temyata mempunyai
pandangan politik yang berbeza dangan Pridi Phanomyang (iaitu seorang
Perdana Menteri pada pemerintahan berikutnya) berhubung masalah tentang
masyarakat minoriti. Beliau agak berkeberatan untuk menerima tuntutan
mewujudkan sebuah pentadbiran khas bagi keempatempat wilayah di Selatan
Thai di bawah kekuasaan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang beragama Islam.
Kerajaan Thamrong sebaliknya membuat peraturan barn bagi orang Islam di
empat buah wilayah, iaitu melantik Datuk Yutitam menjadi kadi di empat
wilayah berkenaan dan menjadi Penasihat Undang-undang Sivil (Muhammad
1996). Datuk Yutitam diberi kuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perkahwinan, perceraian dan harta pusaka sahaja, dan tidak memiliki
kuasa dalam hal ehwal Islam secara keseluruhannya. Datok Yutitam hanya
dapat memberi pandangan dan nasihat kepada hakim-hakim kerajaan. Jika
pandangannya itu dapat diterima maka akan diterima atau jika tidak boleh
diterima maka mereka boleh menolaknya.
Padatahun 1946, Kerajaan Siam mengembalikan perundangan Islam yang telah
dibatalkan semasa pemerintahan Chomphul Phibul Songgram. Kembahnya
perundangan ini memberikan kesempatan kepada orang Melayu untuk dapat
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat yang beragama Islam.
Seterusnya undang-undang Islam ini dilaksanakan di empat wilayah iaitu,
Patani, Yala, Naratiwat dan Satul.
KESIMPULAN
Sejarah membuktikan bahawa negara Thailand mempunyai empat zaman
pemerintahan yang bermula daripada zaman Sukhothai, Ayuthaya, Kerung
Thon Burhi dan Krung Ratana Kosin. Kemudian dalam pemerintahan ini
undang-undang keluarga Islam mula dilaksanakan pada zaman Sukhothai
dengan cara tidak rasmi sehingga pada zaman Krung Ratana Kosin kerajaan
zaman Pra Chullachom Kelau Chau Yuhua menggubal sebuah undang-undang
keluarga Islam dan dapat dilaksanakan dengan cara rasmi padatahun 1945.
Semenjak itu, penggunaan undang-undang keluarga Islam boleh dilaksanakan
pada empat wilayah di Selatan Thai. Undang-undang ini dinamakan dengan
"Lak Kodmcti Islam Waduaiu KrobkruaLawMorodok''! (Kaedah Undang-Undang
Islam: Keluarga dan Pusaka).
Pertumbuhan dan perkembangan Undang-Undang Keluarga Islam di Selatan
Thai diiringi oleh peristiwa-peristiwa yang mencemaskan sebelum akhirnya
berjaya digubal dan dikuatkuasakan secara rasmi untuk rakyat Muslim di
Selatan Thai. Pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam di Selatan
Thai adalah satu kegembiraan dan kepentingan terhadap orang Islam.
Kerajaan kemudian menubuhkan sebuah insitusi yang menjadi tempat urusan
dan pentadbiran hal ehwal agama Islam dan ia memiliki beberapa peranan
dalam pelaksanaannya. Datuk Yutitam adalah seorang kadi yang dilantik
oleh kerajaan untuk membicara dan memutuskan masalah-masalah yang
berkenaan dengan undang-undang keluarga Islam, dan bagi sebuah Majlis
Agama Islam dilantik seorang Datuk Yutitam sahaja.
RUJUKAN
Alunad Fathy al-Fatani. 2002. Ulama Besar dari Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangnara.1997. Patani Dahulu dan Sekarang. Bangkok: Bangkok Panel.
Bhudhachak Somboon. 1986. Kamchai kodmai Islam nai khet changwad Pattani Naratiwat Yala lae Satul (The implementation of Islamic law in Pattani Naratiwat Yala and Satul). Tesis Master.Chulangkom University.
Ibrahim Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kasem Shiriphan. 1996. Prawath sath Kodmay Thai. Bangkok: Universiti Tammashat.
Kukrit Pramote. t.th. Khwam Phenma Khong Muslim Nai Prates Thai. Makalah Sebaran Parti Kic Song Khom. t.pt.
Matya Ingknarod, Twi Thongsawang, Watana Rodsamang. 1986. Prawatsat Thai Smaiboran-Krung Ratona Kosin (Sejarah Thailand zaman dahulu - Krung Ratona Kosin). Bangkok: Wangburapa.
Muhammad Kamal K. Zaman. 1996. Fatani 13 Ogos. Kelantan: N.P
Narong Puangpit. 1980. Prawatsat Thai Tiga: Prawatsat Kran Pokkrong lek Kran Meang Thai. Bangkok: Sangrung.
Nik Anuar Nik Malunud, Mohd. Zamberi A.Malek. 2007. Tamadun dan Sosio-Politik Melayu Patani. Kuala lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Nik Anuar Nik Malunud. 2000. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954M. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Paradi Mhakhan. 1989. Penthan Arayatham Thai. Bangkok: Odian Stor.
Perachau lukya Ter krom menRachaburi diredhreth. 1897. Kodmay Rashaburi. t.tp.
Pholprasith Rcthraksa. 1992. Kokid Kab Stree Thai Mea Samee Chod Tabean Son. Bangkok: Wiyachon.
Piphat Chakrangkun. 1971. Khod Mhai Islam. Bngkok: Botbandit.
Prasopsuk Bundet.1998. Kham Atibay Pramual Khod Miay Peng Le 'Panith. Bangkok: Nitibannakran.
Sanan Meangwong. 1975. Prawatsath Thonburhi-Ratana Khosin. Bangkok: Aksonsamai.
Thanom Ananwath, Somkid Slúsing, Phaitul Mikusul, Puangroi Klomiang & Twisak Lomlim. 1979. Prawatsat Thai (Sejarah Thailand). Bangkok: Sengrung.
Wimulsiri Chamnan. 1966. Kan SomRodKhab Khon Tang Daw. Bangkok: Nitisatthammasat.
Alunad Fathy al-Fatani. 2002. Ulama Besar dari Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangnara.1997. Patani Dahulu dan Sekarang. Bangkok: Bangkok Panel.
Bhudhachak Somboon. 1986. Kamchai kodmai Islam nai khet changwad Pattani Naratiwat Yala lae Satul (The implementation of Islamic law in Pattani Naratiwat Yala and Satul). Tesis Master.Chulangkom University.
Ibrahim Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kasem Shiriphan. 1996. Prawath sath Kodmay Thai. Bangkok: Universiti Tammashat.
Kukrit Pramote. t.th. Khwam Phenma Khong Muslim Nai Prates Thai. Makalah Sebaran Parti Kic Song Khom. t.pt.
Matya Ingknarod, Twi Thongsawang, Watana Rodsamang. 1986. Prawatsat Thai Smaiboran-Krung Ratona Kosin (Sejarah Thailand zaman dahulu - Krung Ratona Kosin). Bangkok: Wangburapa.
Muhammad Kamal K. Zaman. 1996. Fatani 13 Ogos. Kelantan: N.P
Narong Puangpit. 1980. Prawatsat Thai Tiga: Prawatsat Kran Pokkrong lek Kran Meang Thai. Bangkok: Sangrung.
Nik Anuar Nik Malunud, Mohd. Zamberi A.Malek. 2007. Tamadun dan Sosio-Politik Melayu Patani. Kuala lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Nik Anuar Nik Malunud. 2000. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954M. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Paradi Mhakhan. 1989. Penthan Arayatham Thai. Bangkok: Odian Stor.
Perachau lukya Ter krom menRachaburi diredhreth. 1897. Kodmay Rashaburi. t.tp.
Pholprasith Rcthraksa. 1992. Kokid Kab Stree Thai Mea Samee Chod Tabean Son. Bangkok: Wiyachon.
Piphat Chakrangkun. 1971. Khod Mhai Islam. Bngkok: Botbandit.
Prasopsuk Bundet.1998. Kham Atibay Pramual Khod Miay Peng Le 'Panith. Bangkok: Nitibannakran.
Sanan Meangwong. 1975. Prawatsath Thonburhi-Ratana Khosin. Bangkok: Aksonsamai.
Thanom Ananwath, Somkid Slúsing, Phaitul Mikusul, Puangroi Klomiang & Twisak Lomlim. 1979. Prawatsat Thai (Sejarah Thailand). Bangkok: Sengrung.
Wimulsiri Chamnan. 1966. Kan SomRodKhab Khon Tang Daw. Bangkok: Nitisatthammasat.
AuthorAffiliation
Rohanee Machae
* Abdul Basir bin Mohamad
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 ukm Bangi
Selangor d. e.
MALAYSIA
0 komentar:
Posting Komentar